SINOPSIS / RINGKASAN KURSUS
"Kimia Pertanian : Terokai Secara Saintifik" adalah micro-credential yang direka khas untuk memperkasakan petani, pelajar, dan penggiat industri pertanian dengan pengetahuan tepat tentang penggunaan Kimia Pertanian secara efisien. Kursus ini membongkar prinsip asas sains di sebalik jenis-jenis baja, keperluan nutrien tanaman, serta teknik aplikasi yang dapat memaksimumkan hasil dan kualiti tanaman. Dengan pendekatan yang mudah difahami tetapi berasaskan sains, peserta akan mampu membuat keputusan bijak dalam pengurusan baja – dari tanah hingga ke tuaian.