Aqad Muamalat Dalam Islam
Free
Aqad muamalat Islam merujuk kepada sistem pertukaran atau mu'awadhoh yang membincangkan topik-topik berkaitan perniagaan seperti jual beli,al-Ijarah (sewaan),mudharabah (pelaburan), wadi'ah(simpanan), ar-Rahnu( gadaian) dan lain-lain yang menepati syariah Islam.
Perbankan Islam juga merupakan salah satu institusi yang mengamalkan sebahagian daripada muamalat Islam.Bank-bank ini menawarkan pelbagai produk/perkhidmatan kewangan Islam yang menggunapakai pelbagai konsep/aqad berlandaskan syariah Islam seperti Wadi'ah,Mudharabah, Ba' Bithaman 'Ajil dan lain-lain.