Jahitan Sulaman Tangan adalah salah satu jenis Mata Jahitan Asas yang menggunakan jahitan tangan dan selalunya digunakan untuk menghias pakaian, barang-barang peribadi dan kelengkapan rumahtangga. Beberapa jenis jahitan sulaman boleh digunakan atau digabungkan bersama- sama untuk memberi rupa dan bentuk kepada sesuatu motif. Saiz jahitan boleh diubahsuai mengikut motif yang hendak dijahit. Jahitan sulaman ringkas boleh dijahit di atas fabrik kosong yang tidak bercorak kerana dapat menonjolkan motif jahitan sulaman tersebut.