Skip to main content

Section outline

  • Isu penentuan arah kiblat adalah merupakan perkara ijtihadiyyah dan bersifat zhanniy sahaja. Arah kiblat yang ditentukan oleh pasukan falak syar’ie adalah berdasarkan kaedah-kaedah teknologi moden menggunakan peralatan.

    Untuk memudahkan umat Islam, beberapa pihak yang pastinya berniat baik telah mengambil inisiatif mencipta beberapa aplikasi untuk telefon bimbit bagi memudahkan mereka menentukan arah kiblat solat. Namun apabila diselidik, ternyata banyak aplikasi yang didapati tidak menunjukkan arah kiblat yang tepat, bahkan jauh berbeza daripada arah kiblat yang sebenar.

             Penggunaan aplikasi ini hanya boleh dikira sebagai arah anggaran dalam menentukan arah kiblat. Bagi penentuan arah kiblat yang lebih tepat, masyarakat Islam dinasihatkan supaya merujuk kepada pihak yang lebih berautoriti iaitu Jabatan / Pejabat Mufti Negeri-Negeri dalam menentukan arah kiblat terutamanya bagi surau-surau dan masjid.