Skip to main content

Section outline

  •   

    Kiblat menurut bahasa adalah arah hadap dan kiblat yang dimaksudkan adalah Kaabah. Manakala menurut ilmu falak kiblat merujuk kepada arah menghadap ke Kaabah di atas glob bulatan bumi mengikut jarak yang terdekat. Para ulamak sepakat menyatakan bahawa menghadap ke kiblat merupakan salah satu daripada syarat sah solat melainkan dalam keadaan-keadaan tertentu yang dibenarkan seperti solat ketika dalam peperangan dan solat sunah dalam keadaan bermusafir. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 150 yang bermaksud :

    Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haram (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya..

    Berijtihad arah Kiblat adalah perlu dilakukan bagi menentukan arah Kiblat masjid, surau dan tempat-tempat yang hendak didirikan solat. Mengikut keempat-empat Mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali, menghadap Kiblat menjadi syarat sah solat. Bagi Mazhab Syafie terdapat tiga kaedah berhubung dengan syarat sah menghadap Kiblat


  • aqsa

    Masjid Al-Aqsa merupakan kiblat yang pertama semenjak agama Islam diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W di Mekah. Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat R.A menunaikan solat berkiblatkan Masjid Al-Aqsa ketika mereka berada di Mekah semenjak wujudnya kewajipan solat fardu lima kali sehari pada peristiwa Israa dan Mikraj yang berlaku pada tahun tiga tahun sebelum hijrah.

    Selepas Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat R.A berhijrah ke Madinah, umat Islam masih menunaikan solat berkiblatkan Masjid Al-Aqsa selama enam bulan, kemudian baru ditukarkan kiblat ke arah Masjid Al-Haram atau Kaa’bah dengan turunnya firman Allah S.W.T,

    “Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (Kaa’bah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya.”(Surah Al Baqarah Ayat 150)

    Di Madinah adanya satu masjid yang dinamakan Masjid Dua Kiblat kerana pada masjid tersebut terdapat kesan umat Islam ketika sedang menunaikan solat fardu berkiblatkan Masjid Al-Aqsa datangnya wahyu yang memerintahkan penukaran kiblat, maka mereka yang sedang menunaikan solat ketika itu, terus pusing ke belakang menghala ke Masjid Al-Haram. Dan masjid tersebut masih wujud sehingga sekarang.

    Yahudi ketika itu yang sangat memusuhi umat Islam mempermainkan dan mempersendakan umat Islam kerana pertukaran kiblat ini. Maka Allah memberitahu kepada umat Islam bahawa semua arah, tidak kira barat atau timur, di mana-mana sahaja di alam ini adalah milik Allah dan Allah lah yang menentukan di manakah hala atau kiblat solat umat Islam (lihat terjemahan ayat Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 142-143). Yahudi menyindir umat Islam dengan berkata, “Telah terbatal semua solat-solat kamu kerana, kamu semua sebelum ini menunaikan solat dengan kiblat yang salah.” Maka turunlah wahyu Allah dengan firman Allah S.W.T,

    “Sesungguhnya Allah tidak pernah mengabaikan iman kamu.” (Surah Al-Baqarah ayat 143)

    Maksud daripada ayat ini, Allah tidak pernah abaikan solat-solat umat Islam yang menunaikan solat berkiblat Masjid Al-Aqsa sebelum ini.


  • kiblat


  • istiwa
  • Isu penentuan arah kiblat adalah merupakan perkara ijtihadiyyah dan bersifat zhanniy sahaja. Arah kiblat yang ditentukan oleh pasukan falak syar’ie adalah berdasarkan kaedah-kaedah teknologi moden menggunakan peralatan.

    Untuk memudahkan umat Islam, beberapa pihak yang pastinya berniat baik telah mengambil inisiatif mencipta beberapa aplikasi untuk telefon bimbit bagi memudahkan mereka menentukan arah kiblat solat. Namun apabila diselidik, ternyata banyak aplikasi yang didapati tidak menunjukkan arah kiblat yang tepat, bahkan jauh berbeza daripada arah kiblat yang sebenar.

             Penggunaan aplikasi ini hanya boleh dikira sebagai arah anggaran dalam menentukan arah kiblat. Bagi penentuan arah kiblat yang lebih tepat, masyarakat Islam dinasihatkan supaya merujuk kepada pihak yang lebih berautoriti iaitu Jabatan / Pejabat Mufti Negeri-Negeri dalam menentukan arah kiblat terutamanya bagi surau-surau dan masjid.