Skip to main content

TELEVISYEN

TELEVISYEN

by MUHAMMAD FAIZ FARHAN BIN MOHD FADZIL -
Number of replies: 0

Soalan 1: Televisyen masih relevan kerana ia mempunyai jangkauan yang luas dan mampu menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya golongan yang kurang aktif menggunakan media sosial. Televisyen juga memberikan pengalaman visual dan audio yang kuat, menjadikannya lebih berkesan dalam menyampaikan mesej emosi atau imej jenama. Selain itu, kredibiliti iklan di televisyen masih tinggi kerana ia sering dikaitkan dengan jenama besar dan kandungan berkualiti.

Soalan 2 : Televisyen sangat sesuai untuk mempromosikan produk pengguna mass seperti minuman ringan, makanan segera, produk kecantikan, serta perkhidmatan telekomunikasi. Contohnya, iklan McDonald’s atau Telekom Malaysia di Televisyen sering digunakan untuk menarik pelanggan melalui visual menarik dan jingle yang mudah diingati.

Soalan 3 : Televisyen boleh digabungkan dengan media digital untuk mencipta kempen promosi yang lebih menyeluruh. Sebagai contoh, iklan Televisyen boleh disambung dengan kempen media sosial seperti hashtag challenge di TikTok atau YouTube Ads bagi memperluaskan jangkauan. Syarikat juga boleh meletakkan kod QR atau pautan laman web di skrin Televisyen supaya penonton dapat terus ke platform digital untuk maklumat lanjut atau pembelian dalam talian.